top of page
Sejarah Penubuhan

         Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ditubuhkan pada 1 Feb 1938 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Keanggotaan batalion ini terdiri dari anggota-anggota yang telah dilatih untuk menganggotai Rejimen Askar Melayu dalam tahun 1933 hingga 1935. Pegawai Memerintah pertama ialah Lt Col G. Mc I. S. Bruce dibantu oleh Maj G. T. Denaro sebagai Penolong Pegawai Memerintah, Maj G. Wort sebagai Ajutan, Lt (QM) H. Wraight sebagai Kuartermaster dan WOI A. E. Mc Garthy sebagai SMR. Apabila Tentera Jepun menawan Singapura pada 15 Feb 1942, anggota-anggota batalion yang tidak terkorban atau ditawan oleh Tentera Jepun telah pulang ke kampung asal mereka. Batalion ini telah ditubuh semula pada 12 Mei 1946 di Port Dickson setelah Tentera Jepun menyerah kalah. Pegawai Memerintah Melayu pertama ialah Lt Kol Tengku Ahmad bin Tengku Besar Burhanuddin, Pegawai Memerintah Ke-13 dan SMR Melayu pertama ialah PW I Ahmad bin Rabu.

Sejarah Lt Adnan bin Saidi

        Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor. Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Sejarah SK Lt Adnan

         Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan atau nama ringkasnya SK Leftenan Adnan, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sungai Ramal Luar. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan memiliki 537 pelajar lelaki dan 543 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1080 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.

Aktiviti-aktiviti Pasukan

Pada 31 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. DYMM SPB YDP Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim

Pada 22 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Upacara Mengusung  Jenazah MH17 yang terhempas di Amsterdam pada 17 Julai 14, Jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia seramai 22 orang.

Pada 18 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Sempena Lawatan Ulung Panglima Tentera Darat Singapore ke Mindef.

Pada 15 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota 1 RAMD, keluarga serta jemputan luar yang dijemput hadir. Sambutan yang penuh warna warni ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kombo PP RAMD dengan mendendangkan lagu-lagu mengusik kalbu dalam suasana hari lebaran. Pelbagai juadah dihidangkan berkonsepkan gerai dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua anggota.

Satu Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Kompeni telah diadakan di Dewan Makan Desatera Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 12 Ogos 14.

Satu Upacara Pemakaian Pangkat Anggota LLP telah dilaksanakan pada 12 Ogos 14 bertempat di Dewan Makan Desatera 1 RAMD. Seramai 148 anggota LLP telah dinaikkan pangkat.

Pada 04 Ogos 2014, seramai 3 orang PTT Kanan dan 24 Orang Kpl kebawah telah terpilih dari pasukan ini untuk melaksanakan Raptai Pengusung Jenazah MH17 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang, Selangor.

 

Pada 18 Jul 2014, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan Kawalan Kehormatan Utama Sempena Hari Pahlawan yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. DYMM SPB YDP Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah hadir seterusnya menerima tabik hormat dan lagu Negaraku yang dimainkan oleh Pancaragam Gabungan Angkatan Tentera Malaysia. Seterusnya SPB YDP Agong berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dengan diiringi oleh Ketua Kawalan.

 

Majlis Berbuka Puasa Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja bersama Pegawai Memerintah telah dilaksanakan pada 18 Jul 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Majlis diteruskan dengan Solat Sunat Tarawih dan diakhiri dengan jamuan Moreh.

 

Majlis Berbuka Puasa Wisma Bintara bersama Pegawai Memerintah telah dilaksanakan pada 16 Jul 2014 bertempat di Wisma Bintara 1 RAMD.

 

 

Pada 13 Februari 2014 Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan projek jiwa murni di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan Sg. Ramal, Kajang.

 

 

Ujian Kecergasan Asas (UKA) penggal 1 telah dilaksanakan pada 23 Januari 2014 di Dataran Panglima Tentera Darat.

Istiadat Jejawat Payung dan Tombak sempena Pembukaan Parlimen pada 10 Mac 14.

 

Kawalan Kehormatan Utama bertempat di Dataran Putrajaya sempena Lawatan Rasmi Presiden Turki pada 10 Jan 14.

© 2023 by Strategic Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page